Friday, January 21, 2011

gUna jAri pUn bOleh...

ish dah mcm iklan syampu je..
nk promote syampu ke??huhuhu..
bkn nk promote syampu..
tp nk ckap benda yang berkaitan ngan sympu..huhuhu

ape la agk2nye kn...huhuhu
hmmm...mahkota wanita..
ops..ape plak nih??huhuhu
ape lg kalau bkn rambut...
rambutkn mahkota seorang wanita...

jom tgk gmbr nih...
gmbr lolipop je..
tp ade makna tersirat n tersurat
wah ni mcm nk wat rumusan je..
kene ade tersirat n tersurat....hahahaha..
ape2 pun harap2 gambar ni buatkn kite
berfikir dan menghargailah kebesaranNya...

gambar ni kite sendiri boleh tafsirkan sendiri macam mane..

Menutup aurat itu ada dalam keempat-empat ciri orang yang berjaya seperti yang telah disebutkan oleh Ibn Abbas. Pertama, truthfulness. Mereka ini tergolong dalam orang-orang yang benar atau berada dalam kebenaran. Mereka membenarkan apa yang telah disyariatkan Islam yakni setiap muslim itu wajib menutup aurat, lalu mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kedua, shyness. Golongan ini dikatakan berjaya apabila terdapat perasaan malu yang menjadi pendinding diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama, termasuklah memdedahkan aurat. Rambut bagi seorang wanita, seharusnya dilitup rapi dari pandangan ajnabi dan hanya didedikasikan khas buat yang halal baginya sahaja. Ketiga, good character. Bukankah sejuk mata memandang bila kita lihat seseorang bertudung litup? Sejuk hati ibu mengandung.. Sekurang-kurangnya, bila kita tutup aurat, kita ada rasa ingin mempertahankan maruah dan nilai tudung itu, makna kata yang lebih mendalam, nak jaga maruah dan nilai-nilai murni yang telah diajar oleh Islam. Bagaimana? Ya..dengan berakhlak mulia. Mudah kan? (cakap memang mudah, nak buat tu susah..it's realiti). Keempat, gratitude. Kenapa orang yang berterima kasih ini tergolong dalam orang yang berjaya? Dan apa kaitannya dengan menutup aurat? Meh sini cek nak habaq naa.. Orang yang berjaya ni selalunya dia sedar diri dia siapa. Semua yang dia dapat di dunia ni bukan dia yang punya, tapi DIA yang punya. Ada TAUKE yang lebih besar daripada segala tauke2 besar kat dunia ni yang dah bagi pinjamkan segala-galanya. Dan tubuh badan yang dia peroleh juga merupakan salah satu pinjaman paling bernilai yang dia dapat. Sebab tu, dia cuba untuk bersyukur dengan menjaga 'pinjaman' Tuhan dengan sebaik-baiknya. Dijaganya kemas2, ditutup litup tak nak bagi walau satu kotoran pun melekat pada 'pinjaman' Tuhan yang bernilai itu.


p/s: peringatan untuk diri sendiri juga...hehehe

No comments:

Post a Comment