Saturday, January 15, 2011

Lambang Ketenangan Seorang Hamba

Duduk Antara Dua Sujud..

Duduk antara dua sujud merupakan
salah satu rukun fi‘li (perbuatan) yang pendek.
Menurut jumhur ulama duduk antara dua sujud
adalah wajib dan tidak sah sembahyang
jika ditinggalkan dengan sengaja. (Al-Majmuk: 3/367)

Pernah x kite pikir apa maksud doa sujud antara dua sujud ni..
kalau kite tahu tentu kite akan lebih kusyuk 
dan xkan lupe utk baca
dalam mengerjakan ibadah solat kite..
kerana maknanya telah melambangkan sebagai 
"Lambang Ketenangan Seorang Hamba"

Perbuatan duduk antara dua sujud ini adalah satu waktu yang 
sangat singkat iaitu sekadar thuma‘ninah (berhenti sekejap) 
sebelum berpindah kepada sujud yang kedua. 
Rukun ini melambangkan bahawa hidup seorang 
mukmin itu sentiasa berdisiplin, tenang dan tidak gopoh
di dalam menghadapi sebarangujian dan cabaran hidup di dunia yang 
berbagai-bagai corak rupa yang boleh 
melalaikan seorang hamba itu daripada Tuhannya.

Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:


 Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki,
pimpinlah aku,afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.


harap2 note ni jadi panduan kite bersame..thanks

No comments:

Post a Comment